Want your
own Fotopage?






 
gpmsuitm's FotoPage

By: gpmsuitm malaysia

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 15-Jan-2009 08:34 Email | Share | | Bookmark
Malam Perkasa 17

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 15 photos...
Malam Perkasa 17 telah dianjurkan oleh peserta Perkasa 17 pada malam sabtu 10 Januari 09

la nape xde pic yang penting2 cam cendrhti p17 ke..urm tp ok la tu Wed 21-Jan-2009 05:21
Posted by:l
wah...cntk gmbr...sp yg ambilkn? Wed 21-Jan-2009 13:24
Posted by:Emiko Matsumoto frusterdido_89@yahoo.com.my
teruskan usaha kalian semua...
-khai9562-
http://khai.fotopages.com
Fri 23-Jan-2009 08:00
Posted by:khai khairuzley@yahoo.com
Add comment


Friday, 2-Jan-2009 14:55 Email | Share | | Bookmark
GOKIM 2008

Persediaan GOKIM
Majlis perasmian
Aktiviti Pagi
Menonton Futsal
kami dari GPMSUiTM Malaysia
Sebelum majlis penutup
View all 61 photos...
Ini adalah serba sedikit gambar GOKIM 2008
GOKIM 2008 telah dijalankan pada 26-28 Desember 2008 bertempat di Felda Lakum Pahang.
Sebaik sahaja saya menerima gambar yang lain. Saya akan upload juga secepat mungkin

Care to comment?


Sunday, 14-Dec-2008 00:03 Email | Share | | Bookmark
Memori ERA 17 @ Perkasa 17

 
 
 
View all 71 photos...
Dibawah ini, disediakan gambar semasa ERA 17, bukan lagi di pasir panjang tetapi di Asahan, Melaka.

Gambar ini adalah memori buat ERA 17. Hayatilah gambar ini... dan berikanlah komen yang berfaedah diruang yang disedaikan.

Saiz original ada pada saya, nnt saya plan ape yg nak buat dengan gmbar original tue..

Sekali lagi, Tahniah ERA17

disediakan oleh
-k.a 0616- 019 2717006

KA bile gambar GOKIM nak masuk.. Wed 31-Dec-2008 04:10
Posted by:candu
adus..........rindu nye moment kat sane..
ledang mmg besh giler ah!!!!!!!!
Sat 3-Jan-2009 16:42
Posted by:eya angelita kaira_angelita@yahoo.com
memori bukan sekadar memori.biarkan perjuangan membela anak bangsa terus membakar & membara dari diri anda semua.
-khai9562-
http://khai.fotopages.com
Fri 23-Jan-2009 08:05
Posted by:khai khairuzley@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 13-Oct-2008 02:04 Email | Share | | Bookmark
Majlis Penghargaan GPMS UiTM Malaysia 2008

 
 
 
View all 12 photos...
Program :Majlis Penghargaan GPMS UiTM Malaysia 2008
Tarikh :26 Ogos 2008
Tempat :Tapak “Wall Climbing”, UiTM Malaysia
Kehadiran :Ahli – ahli GPMS UiTM Malaysia dan para Alumni

Majlis penghargaan yang telah diadakan adalah bertujuan untuk meraikan dan menghargai tenaga penggerak program Minggu Penghayatan GPMS 2008, Majlis Makan Malam Bersama Alumni, Perkhemahan Mesra Alam 9 dan Majlis Adiwangsa yang diadakan di Sime Darby Convention Centre. Majlis ini telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia yang selama ini telah bertungkus-lumus menjalankan program sehingga ia dapat diadakan dengan jayanya. Semoga jalinan ukhuwah yang terbina akan terus utuh dan kekal sampai bila-bila. Insya Allah. Tahniah kepada semua!!!

Salam perkenalan
Selamat datang ke dunia fp
Rajin2 update ye
Tue 14-Oct-2008 09:22
Posted by:meorjay  - [Link]
>> welcome to FP... Tue 14-Oct-2008 15:08
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Monday, 13-Oct-2008 01:38 Email | Share | | Bookmark
PERKASA ANAK DESA 2008

 
 
 
View all 9 photos...
Perkasa Anak Desa
1 – 3 Ogos 2008
Kg. Permatang Palas, Pontian Johor



Pada tanggal 1 Ogos yang lalu, seramai 63 orang ahli GpMS telah menyertai program Perkasa Anak Desa (PAD), yang mana program ini adalah sebuah program berbentuk kemasyarakatan dan pendidikan. Setiap peserta telah dibahagikan untuk medapat keluarga angkat dan mereka akan tinggal bersama keluarga angkat masing – masing selama 3 hari 2 malam. Setiap keluarga telah mendapat sekurang-kurangnya 2 orang anak angkat.

Pada hari berikutnya, 2 Ogos 2008, para peserta telah mengadakan satu program motivasi kepada anak-anak kampung Permatang Palas yang mana focus utamanya adalah kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM pada tahun ini. Para peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan untuk menjadi fasilitator dan co-fasi kepada anak-anak kampong tersebut. Adik- adik di kampong tersebut telah diberi sedikit suntikan semangat dan motivasi diri serta kesedaran akan kepentingan ilmu.

Seterusnya, 3 Ogos 2008, para peserta telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang mana peserta yang terdiri dari 63 orang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk bergotong – royong membersihkan kawasan kampong. Kumpulan yang pertama telah ditugaskan untuk membersih dan menceriakan surau kawasan Kampung Permatang Palas Darat, kumpulan kedua pula di kawasan kampong Permatang Palas Laut dan kumpulan terakhir di kawasan kampong Permatang Palas Tengah. Setelah selesai semua aktiviti gotong-royong,para eserta diberi masa untuk bersama keluarga angkat masing-masing untuk kali terakhir dan bersiap untuk pulang semula ke UiTM.

Sepanjang program berlansung, para peserta dapat menikmati pelbagai jens buah-buahan memandangkan pada ketika itu adalah musim buah. Para peserta pulang ke UiTM dengan bekalan buah-buahan yang dibekalkan oleh keluagra angkat masing-masing. Pengalaman berada di kampong adalah satu pegalaman yang menakjubkan, jadi program Perkasa Anak Desa ini adalah satu program yang bermanfaat.

Care to comment?


Sunday, 12-Oct-2008 06:31 Email | Share | | Bookmark
Kursus Organisasi Persatuan GPMS UNISEL

 
 
 
View all 6 photos...
Program :Kursus Organisasi Persatuan GPMS UNISEL
Tarikh :13 September 2008
Tempat :Bilik Gerakan GPMS UNISEL, Bestari Jaya
Kehadiran :10 orang Exco GPMS UiTM Malaysia
20 orang Exco dan Sekretariat GPMS UNISEL, Bestari Jaya

Kursus Organisasi Persatuan (KOP) ini diadakan atas jemputan Yang Dipertua GPMS UNISEL Bestari Jaya untuk mengadakan sesi penerangan tentang pengurusan pentadbiran di samping untuk berkongsi dan saling bertukar pendapat dan pengalaman bersama barisan kepimpinan GPMS UiTM Malaysia Exco ke-35. Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada tuan rumah, Yang Dipertua GPMS UNISEL yang mengalu-alukan kehadiran kami bagi meluangkan masa bersama-sama mereka bagi berkongsi pengalaman dan merapatkan lagi tali silaturrahim. Seterusnya, beliau memperkenalkan barisan kepimpinan GPMS UNISEL yang kelihatan begitu dedikasi dan berkaliber dalam memikul tanggungjawab dalam memacu pentadbiran GPMS yang baru sahaja ditubuhkan 8 bulan lalu. Majlis diakhiri pada jam 2.00 petang dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan GPMS UNISEL kepada GPMS UiTM Malaysia. Sesi bergambar turut diselitkan untuk dijadikan kenangan.

Care to comment?


Sunday, 12-Oct-2008 06:20 Email | Share | | Bookmark
Minggu Penghayatan GPMS

 
 
 
View all 15 photos...
Minggu Penghayatan GPMS 2008
26 hingga 31 Julai 2008
Sekitar Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam

Minggu Penghayatan GPMS 2008 yang dianjurkan merupakan salah satu inisiatif GPMS UiTM Malaysia, Shah Alam untuk menyambut ulang tahun penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke-60 tahun pada 14 dan 15 Ogos 2008. Program yang berbentuk motivasi, ilmiah dan kepimpinan ini merangkumi beberapa aktiviti seperti Jualan Buku dan Tayangan Video, Hari Keluarga GPMS, Majlis Makan Malam bersama Alumni GPMS dan forum-forum yang bertajuk “Pendidikan Memperkasa Bangsa”, “Mahasiswa dan Politik” dan “Dasar Ekonomi Baru”.

Program Hari Keluarga GPMS yang merupakan program pertama yang diadakan dalam Minggu Penghayatan GPMS 2008 yang mana ia merupakan salah satu inisiatif GPMS UiTM Malaysia untuk mengumpulkan semua ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia berserta alumni yang telah banyak menyumbangkan tenaga, wang ringgit, masa dan ilmu pengetahuan demi memastikan perjuangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ini tidak terus berkubur ditelan arus zaman.

Jualan Buku yang dijalankan di Dataran Cendekia, UiTM Malaysia telah mendapat kerjasama yang padu daripada Syarikat Alaf 21 yang mana syarikat tersebut merupakan pembekal buku yang utama dalam menjayakan program Jualan Buku ini. Tujuan diadakan program seumpama ini adalah untuk mengalakkan mahasiswa mahasiswi UiTM Malaysia untuk membudayakan amalan membaca.

Pada masa yang sama, Tayangan Video telah dijalankan dengan menayangkan sebuah cerita yang bertajuk “Bukit Kepong” dan beberapa video yang berkisar tentang perjuangan, kemerdekaan dan pengorbanan para pejuang tanah air untuk tatapan para pengunjung dengan harapan agar mereka sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan Negara dalam mempertahankan kemerdekaan, keamanan dan kedaulatan Negara agar terus terpelihara.

Forum pertama bertajuk Pendidikan Memperkasa Bangsa telah diadakan pada 29 Julai 2008 di Dewan Sri Budiman, UiTM Malaysia. Panel-panel yang dijemput khas bagi mengupas isu ini ialah Dato’ Prof Ir Radin Omar bin Radin Sohadi (Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi), Encik Lokman bin Zulkifli (Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Johor) dan Encik Mohd Akmal bin Dahlan (mantan Yang Dipertua GPMS UiTM Malaysia, Shah Alam yang ke-30). Moderator bagi forum ini ialah Tuan Tasyrif bin Tuan Kamaluddin (mantan Yang Dipertua GPMS UiTM Malaysia yang juga merupakan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar.

Forum yang kedua bertajuk Mahasiswa dan Politik telah diadakan pada 30 Julai 2008 di Dewan Sri Budiman, UiTM Malaysia. Forum ini telah dijalan secara rakaman oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akan disiarkan di TV1 dalam slot Bicara Siswa. Panel-panel yang dijemput khas bagi mengupas isu ini ialah Dato’ Reezal Merican bin Naina Merican (Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), saudara Mohd Abd Rauf bin Tumiran (Yang Dipertua GPMS UiTM Malaysia, Shah Alam,Exco 35) dan saudara Mohd Azreen bin Ariffin (Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, UNISEL). Moderator bagi forum ini didatangkan khas oleh pihak RTM iaitu Encik Shuhaimi Mohamed.

Forum ketiga bertajuk Dasar Ekonomi Baru telah diadakan pada 31 Julai 2008 di Dewan Seminar, Fakulti Perakaunan, UiTM Malaysia. Panel-panel yang dijemput khas bagi mengupas isu ini ialah Dato’ Dr. Abdul Malik bin Munip (Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan) dan Encik Wazir bin Haji Harun (Timbalan Pengarah 1, Seksyen Pengagihan & Pembangunan Koridor, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri). Moderator bagi forum ini ialah Encik Irmohizam bin Ibrahim (Pensyarah Fakulti Undang-undang, UiTM Malaysia merangkap Exco GPMS Kebangsaan).

Forum-forum yang telah dijalankan adalah untuk mengupas dan memberi pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi UiTM Malaysia tentang isu-isu semasa yang sering terpapar di dada-dada akhbar dengan harapan agar mereka lebih peka dan sensitif terhadap apa yang telah berlaku dalam Negara ini.

Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.