 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
gpmsuitm's FotoPage
By: gpmsuitm malaysia
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Sunday, 12-Oct-2008 06:20 |
Email | Share | Bookmark |
|
Minggu Penghayatan GPMS
|
|
Minggu Penghayatan GPMS 2008
26 hingga 31 Julai 2008
Sekitar Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam
Minggu Penghayatan GPMS 2008 yang dianjurkan merupakan salah satu inisiatif GPMS UiTM Malaysia, Shah Alam untuk menyambut ulang tahun penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke-60 tahun pada 14 dan 15 Ogos 2008. Program yang berbentuk motivasi, ilmiah dan kepimpinan ini merangkumi beberapa aktiviti seperti Jualan Buku dan Tayangan Video, Hari Keluarga GPMS, Majlis Makan Malam bersama Alumni GPMS dan forum-forum yang bertajuk “Pendidikan Memperkasa Bangsa”, “Mahasiswa dan Politik” dan “Dasar Ekonomi Baru”.
Program Hari Keluarga GPMS yang merupakan program pertama yang diadakan dalam Minggu Penghayatan GPMS 2008 yang mana ia merupakan salah satu inisiatif GPMS UiTM Malaysia untuk mengumpulkan semua ahli-ahli GPMS UiTM Malaysia berserta alumni yang telah banyak menyumbangkan tenaga, wang ringgit, masa dan ilmu pengetahuan demi memastikan perjuangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ini tidak terus berkubur ditelan arus zaman.
Jualan Buku yang dijalankan di Dataran Cendekia, UiTM Malaysia telah mendapat kerjasama yang padu daripada Syarikat Alaf 21 yang mana syarikat tersebut merupakan pembekal buku yang utama dalam menjayakan program Jualan Buku ini. Tujuan diadakan program seumpama ini adalah untuk mengalakkan mahasiswa mahasiswi UiTM Malaysia untuk membudayakan amalan membaca.
Pada masa yang sama, Tayangan Video telah dijalankan dengan menayangkan sebuah cerita yang bertajuk “Bukit Kepong” dan beberapa video yang berkisar tentang perjuangan, kemerdekaan dan pengorbanan para pejuang tanah air untuk tatapan para pengunjung dengan harapan agar mereka sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan Negara dalam mempertahankan kemerdekaan, keamanan dan kedaulatan Negara agar terus terpelihara.
Forum pertama bertajuk Pendidikan Memperkasa Bangsa telah diadakan pada 29 Julai 2008 di Dewan Sri Budiman, UiTM Malaysia. Panel-panel yang dijemput khas bagi mengupas isu ini ialah Dato’ Prof Ir Radin Omar bin Radin Sohadi (Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi), Encik Lokman bin Zulkifli (Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Johor) dan Encik Mohd Akmal bin Dahlan (mantan Yang Dipertua GPMS UiTM Malaysia, Shah Alam yang ke-30). Moderator bagi forum ini ialah Tuan Tasyrif bin Tuan Kamaluddin (mantan Yang Dipertua GPMS UiTM Malaysia yang juga merupakan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar.
Forum yang kedua bertajuk Mahasiswa dan Politik telah diadakan pada 30 Julai 2008 di Dewan Sri Budiman, UiTM Malaysia. Forum ini telah dijalan secara rakaman oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akan disiarkan di TV1 dalam slot Bicara Siswa. Panel-panel yang dijemput khas bagi mengupas isu ini ialah Dato’ Reezal Merican bin Naina Merican (Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), saudara Mohd Abd Rauf bin Tumiran (Yang Dipertua GPMS UiTM Malaysia, Shah Alam,Exco 35) dan saudara Mohd Azreen bin Ariffin (Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, UNISEL). Moderator bagi forum ini didatangkan khas oleh pihak RTM iaitu Encik Shuhaimi Mohamed.
Forum ketiga bertajuk Dasar Ekonomi Baru telah diadakan pada 31 Julai 2008 di Dewan Seminar, Fakulti Perakaunan, UiTM Malaysia. Panel-panel yang dijemput khas bagi mengupas isu ini ialah Dato’ Dr. Abdul Malik bin Munip (Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan) dan Encik Wazir bin Haji Harun (Timbalan Pengarah 1, Seksyen Pengagihan & Pembangunan Koridor, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri). Moderator bagi forum ini ialah Encik Irmohizam bin Ibrahim (Pensyarah Fakulti Undang-undang, UiTM Malaysia merangkap Exco GPMS Kebangsaan).
Forum-forum yang telah dijalankan adalah untuk mengupas dan memberi pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi UiTM Malaysia tentang isu-isu semasa yang sering terpapar di dada-dada akhbar dengan harapan agar mereka lebih peka dan sensitif terhadap apa yang telah berlaku dalam Negara ini.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|